Kerajaan Kutai

Kerajaan Kutai atau Kerajaan Kutai Martadipura (Martapura) ialah kerajaan Hindu Kutai yang memerintah Kalimantan Timur sekitar kurun ke-4 Masihi. Ketika kerajaan ini diasaskan, pakar sejarah berpendapat ia bukanlah kerajaan Hindu. Namun, penggantinya iaitu Mulawarman sudah pun menganut agama Hindu.Dalam prasasti Yupa yang bertarikh 400 SM[1], Raja Kudungga, seorang pembesar Kerajaan Champa, ialah pengasas kerajaan ini. Beliau mempunyai tiga orang putera dan salah satu puteranya ialah Mulawarman.[1] Menurut prasasti itu lagi, Mulawarman pernah menganugerahkan pendeta Brahman dua puluh ribu ekor lembu. Bagi memperingati peristiwa ini, pendeta-pendeta itu mencatatnya dalam prasasti Yupa. Mulwarman pula mempunyai seorang putera bernama Acwa Varman.[1]Pada abad ke-16, kerajaan ini tewas di tangan Kesultanan Kutai Kartanegara. Dalam peperangan tersebut, raja terakhirnya, Maharaja Dharma Setia terbunuh di tangan Raja Kutai Kartanegara iaitu Sultan Ali Pangeran Anum Panji Mendapa.